Pembentangan di atas membincangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan latihan terjemahan pandang. Tajuk berkaitan dengan bidang fesyen dan latihan tersebut memerlukan saya untuk melakukan terjemahan pandang dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.
Masalah Pertama: Terjemahan pandang dilakukan secara kata demi kata
Masalah ini timbul kerana saya tidak pernah melakukan terjemahan pandang sebelum ini dan saya tidak dapat melihat teks itu secara keseluruhan dan menterjemahkan dengan lancar. Hal ini demikian kerana saya mempunyai ingatan jangka pendek (short-term memory) yang kurang baik dan hanya dapat melihat kata demi kata lalu menterjemahkannya. Oleh itu, terjemahan pandang yang dilakukan itu mempunyai banyak jeda yang tidak sepatutnya berlaku dan terdapat bunyi-bunyi seperti "err" , "hmm" dan sebagainya ketika menemui perkataan yang tidak faham atau ayat yang sukar diterjemahkannya.
Masalah Kedua: Kegagalan dalam menterjemahkan kosa kata yang tidak faham dalam teks sumber
Disebabkan penguasaan bahasa sumber yang tidak bagus, maka saya menghadapi masalah untuk memahami sesetengah perkataan Inggeris dan gagal menterjemahkannya. Contohnya dalam teks sumber:
Teks Sumber
|
Terjemahan Pandang
|
Teks Sasaran yang Sepatutunya
|
There are a few obstacles but the future isn't that bleak for online shopping in these two countries.
|
Terdapat beberapa kekangan dalam membeli-belah di kedua-dua negara tersebut.
|
Walaupun terdapat kekangan dalam dunia membeli-belah dalam talian di kedua-dua negara tersebut tetapi masa depannya masih cerah lagi.
|
Saya tidak memahami perkataan "bleak" dalam teks sumber tersebut. Dalam latihan terjemahan pandang yang saya lakukan buat kali pertama itu, saya langsung tidak menterjemahkan ayat tersebut kerana saya tidak faham ayat kedua itu disebabkan saya tidak faham satu perkataan sahaja. Selepas mencari kamus, barulah saya faham maksud perkataan itu ialah dingin dan suram (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar).
Bagi terjemahan yang sepatutnya pula, saya tidak menggunakan maksud asal perkataan tersebut tetapi menggunakan kaedah modulasi dengan menterjemahkan ayat itu menjadi "masa depannya masih cerah lagi". Ayat terjemahan itu mampu menyampaikan maksud ayat sumber itu tanpa memberikan maksud perkataan yang saya tidak faham itu. Oleh itu, saya memahami bahawa sekiranya saya menemui perkataan yang tidak faham semasa melakukan terjemahan pandang, maka saya boleh meneka maksud perkataan itu berdasarkan ayat keseluruhan dan menterjemahkannya kepada satu ayat yang maksudnya hampir sama.
Masalah Ketiga: Kegagalan dalam memberikan padanan yang sesuai
Penguasaan bahasa sasaran yang lemah menyebabkan saya tidak memberikan padanan yang betul atau sesuai semasa melakukan terjemahan pandang. Saya tidak dapat memberikan padanan yang betul atau tidak pasti sama ada padanan yang diberikan itu bersesuaian/betul atau tidak? Contohnya dalam teks wujudnya frasa nama "online shopping" yang merupakan aspek utama yang dibincangkan dalam teks itu. Semasa melakukan terjemahan pandang, saya tidak pasti padanan atau terjemahan yang betul ialah "membeli-belah atas talian" atau "membeli-belah dalam talian". Hal ini demikian kerana sekiranya perkataan "online" diterjemahkan secara literal, maka terjemahannya akan menjadi "atas talian". Akan tetapi, terjemahan yang betul dan tepat ialah "atas talian". Disebabkan saya tidak menguasai bahasa Malaysia dengan baik, maka saya menghadapi masalah ini semasa melakukan terjemahan pandang.
Masalah Keempat: Kegagalan dalam mengaplikasikan kaedah terjemahan
Pengalaman dalam melakukan terjemahan pandang sememangnya tidak banyak dan saya berasa agak cemas semasa melakukan terjemahan pandang yang pertama. Sehubungan dengan itu, saya tidak dapat mengaplikasikan apa-apa kaedah terjemahan semasa melakukannya kerana saya tidak dapat melihat teks sumber tersebut secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana daerah penglihatan saya telah berkurang kepada frasa atau perkataan sahaja dan saya hanya boleh menggunakan kaedah terjemahan kata demi kata.
Masalah Kelima: Kegagalan dalam menterjemahkan kata nama khas
Pengetahuan am yang cetek menyebabkan saya tidak dapat memahami atau mengetahui sesuatu kata nama khas yang digunakan dalam teks sumber tersebut, Contohnya, "World Wide Web" merupakan satu kata nama khas yang tidak dapat saya terjemahkan kerana saya tidak mengetahui perkara atau benda tersebut. Semasa melakukan terjemahan pandang, saya hanya boleh mengekalkannya supaya tidak mengubah sebarang makna asalnya.
Cadangan :
1. Sebagai seorang penterjemah atau jurubahasa, kita mesti menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik sekali supaya tidak akan menyampaikan mesej yang salah semasa melakukan terjemahan.
2. Seseorang penterjemah atau jurubahasa juga perlu mempunyai asas terjemahan yang sangat kukuh supaya beliau dapat mengaplikasikan teori-teori terjemahan yang bersesuaian semasa melakukan terjemahan.
3. Seseorang penterjemah juga harus banyak membaca supaya memiliki ilmu pengetahuan yang pelbagai dalam pelbagai bidang supaya dapat melakukan terjemahan dalam laras-laras yang berlainan.
Glosari:
2. impetus - dorongan
3. intuitive - intuitif, maju
-------------------------------------------------------------------
Tunjuk ajar dan kritikan serta cadangan amat dialu-alukan. Maklum balas akan saya buat secepat yang mungkin. Terima kasih atas kunjungan anda.
Teks sumber : Why is Malaysia Fashion and clothing one of the best ranked apparel industry?
Terjemahan pandang : Tekan sini untuk muat turun. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment